Mayat juruterbang helikopter yang maut dalam insiden dekat Hutan Simpan Chikus, Bidor, pada 11 September lalu dituntut isterinya di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada Isnin. <br /><br />Wanita berkenaan tiba di pekarangan Jabatan Forensik HRPB kira-kira jam 10.40 pagi dengan ditemani saudara-maranya.
